Isnin, 9 Julai 2018

DUA6022 Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam



               DUA 6022  KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM


TAJUK E-FOLIO :   Konsep kejiranan dan hak-hak jiran


NAMA PENSYARAH :

Ustazah Noraini  Binti Nawawi 




NAMA AHLI KUMPULAN : 



Muhammad Ammar Sollehin Bin Irazal Vijaya Kasuma (02DTK16F1127)

Muhammad Shafuan Bin Ismail (02DTK16F1021)

Ahmad Zakwan Bin Zamri (02DTK16F1134)


Kurubaraneish A/L Sambasevam (02DTK16F1003) 



Isi Kandungan

                                                                    ISI KANDUNGAN


                       


             

NO

ISI KANDUNGAN

1.

MUKA HADAPAN

2.

ISI KANDUNGAN

3.

PENGENALAN

4.

KONSEP KEJIRANAN

5.

HAK-HAK KEJIRANAN

6.

APLIKASI HUBUNGAN KEJIRANAN

7.

KESIMPULAN

8.

SUMBER RUJUKAN

9.

LAMPIRAN

Pengenalan

PENGENALAN
   
          Salah satu daripada ajaran Islam yang amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat ialan amalan hidup berjiran. Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup seorang diri atau mengasingkan diri. Oleh itu, Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalngan masyarakat sekeliling. Hubungan yang baik dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya. Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan. Hal ini kerana, hidup berjiran merupakan salah satu cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam perlu saling menghormati dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda. Hubungan baik sesama jiran perlu sentiasa dijaga seperti yang dituntut dalam agama.




Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan kerana ia adalah salah satu daripada cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam berkewajipan mengekalkan hubungan baik dan mesra sesama mereka. Ini kerana, ia memainkan peranan yang amat penting dalam menjana satu kehidupan setempat yang aman dan harmoni yang boleh memberi kemudahan, kelapangan dan jalan keluar bagi satu-satu kesulitan atau masalah. 



Tuntutan supaya menjalinkan hubungan baik sesama jiran dijelaskan dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud: 
``Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.'' (An-Nisa : 36 )

Konsep Kejiranan

TOPIK 1 : KONSEP KEJIRANAN

1.1 DEFINISI KEJIRANAN

i) Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.

ii) Dari segi istilah jiran adalah orang - orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara.

iii) Jiran juga bererti ahli - ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelingi rumah individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasullullah S.A.W iaitu :-

Maksudnya : "Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga".

1.2 Pembahagian Jiran


1.3 PUNCA SEMANGAT KEJIRANAN SEMAKIN LUNTUR.

Pada zaman dahulu, hubungan sesama jiran sangat rapat, bak kata pepatah, hidup sandar-menyandar “seperti aur dengan tebing.” Pada zaman kini, hubungan sesama jiran semakin renggang “bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”. 
Pelbagai punca yang menyebabkan semangat kejiranan semakin luntur antaranya :-

1) Perubahan gaya hidup masyarakat sekarang yang terlalu sibuk mencari rezeki untuk menyara keluarga masing-masing. Kos sara hidup yang tinggi serta tekanan hidup dunia moden sering memaksa warga kota bekerja sepanjang hari. Sebagai akibatnya, mereka keletihan dan kesuntukan masa untuk bertegur sapa sesama jiran mereka.

2) Kemajuan dalam bidang teknologi turut mempengaruhi kelunturan semangat kejiranan masa kini. Pada zaman sekarang. Bidang teknologi semakin berkembang dengan maju dan pesat. Penggunaan media elektronik seperti telefon bimbit, televisyen dan komputer pada masa sekarang yang menyebabkan semangat kejiranan kini semakin hilang. Masyarakat sekarang terlalu asyik menggunakan kemudahan yang terdapat di sekeliling mereka yang tidak memerlukan mereka keluar rumah dan bersusah-payah untuk mendapatkannya.

iii) Arus pembangunan yang semakin pesat melanda negara kita juga menjadi punca semangat kejiranan semakin luntur pada masa kini. Dewasa ini, pembangunan negara berlaku dengan pesat sekali.Hal ini mengakibatkan semangat kejiranan semakin luntur kerana masyarakat akan menghabiskan masa terluang mereka dengan mengunjungi tempat-tempat seperti pusat beli-belah, taman-taman permainan dan juga pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

iv) Perbezaan dari segi bahasa sedikit sebanyak menghalang pembinaan hubungan mesra antara jiran. Contohnya, sebuah keluarga berbangsa India yang kurang fasih berbahasa Melayu sukar untuk berinteraksi dengan jirannya yang berbangsa Melayu telah menjadi batu penghalang kepada interaksi sosial antara dua buah keluarga yang berlainan keturunan ini. 

HAK-HAK KEJIRANAN

2.1 HAK - HAK JIRAN.

Daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Ghazali di dalam kitab "Arbain Nawawi", Rasulullah S.A.W bersabda:

"Tahukah kamu apakah hak jiran tetangga?"
                                                                          (Al-Ghazali)

1. Jika ia meminta pertolongan daripada kamu, engkau akan menolongnya.

2. Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya.

3. Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya.

4. Jika ia sakit, engkau akan menziarahinya.

5. Jika ia meninggal dunia, engkau akan turut menghantar jenazahnya.

6. Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya.

7. Jika ia tertimpa bahaya, engkau akan turut sedih bersamanya. 

8. Jangan sekali - kali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk
    sampai kerumahnya kecuali dengan izinnya.

9. Jika engkau beli buah - buahan, berikan sedikit kepadanya.

10. Jika engkau tidak mahu memberikanya maka hendaklah engkau memasukkan buah 
      buahan itu ke dalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan olehya dan janganlah
      membiarkan anakmu memakan buah - buahan itu dihadapan ananknya, kelak anak jiran
      itu akan menangis mahukan buah tersebut.

11. Jangan mengganggu perasaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan
      memberikan sedikit daripada makanan itu.

2.2 AKHLAK TERHADAP JIRAN ANTARA MUSLIM DENGAN BUKAN MUSLIM.

a) Menghormati jiran dan pengalaman mereka (kehidupan mereka) selagi tidak membawa
     mudarat.

b) Tidak menyinggung perasaan jiran dan memelihara keamanan dengan jiran.

c) Menjaga rahsia dan memelihara kepentingan mereka serta tidak berlaku khianat.

d)membantu dan menolong mereka apabila berada dalam kesusahan.

e) Membeikan layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah
     dengan mereka.

2.3 ADAB BERJIRAN.

1. Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenali dan hormat - menghormati antara satu sama lain. Antara caranya dengan memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim.

2. Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk. Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain.

Sabda Rasulullah SAW;

“Tidaklah masuk syurga orang yang tetangganya tidak aman kerana gangguannya.”

Hadis Riwayat Muslim


3. Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan menghormati mereka sebagai manusia.

4. Sentiasa merendahkan diri dan berlemah-lembut dengan mereka dan mengelak diri daripada bersikap takbur.

5. Sentiasa bersedia memberikan sebarang bentuk bantuan dan pertolongan yang diperlukan.Rasulullah SAW mengingatkan umatnya agar sentiasa mengambil-berat sesama saudara seislamnya.

“Barang siapa yang menolong saudaranya yang lain maka Allah akan menuliskan baginya tujuh kebaikan bagi setiap langkah yang dilakukannya.”

Hadis Riwayat Thabrani


6. Menyayangi mereka seperti mana kita menyayangi diri kita sendiri. Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang menjadi kesukaan mereka, selagi tidak bertentangan dengan syariat agama dan sama-sama berusaha menghindarkan perkara-perkara yang mereka tidak sukai.

7. Sentiasa mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang sedang mereka hadapi sama ada yang berkaitan dengan masalah keagamaan, kekeluargaan atau rumah tangga, kejiwaan, kesihatan,pelajaran, , kewangan, makan-minum, dan sebagainya. Sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia sesama jiran sehingga akhirnya melahirkan perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan lebih akrab.

8. Tidak memandang rendah dan saling menghina sesama jiran, sebaliknya hendaklah sentiasa hormat – menghormati dan berterima kasih terhadap apa jua pemberian, khidmat dan pertolongan yang diberikan.
  
9. Mengutamakan jiran yang terdekat rumahnya dengan rumah kita.Penetapan jiran terdekat ialah 40 buah rumah yang berada di sekeliling rumah kita, sama ada di kiri, kanan, hadapan dan belakang. Terdapat tiga kategori jiran :  

   i) Jiran muslim yang ada hubungan kekeluargaan, mereka mempunyai tiga hak iaitu
       sebagai jiran, keluarga dan seorang Muslim.

   ii) Jiran Muslim yang mempunyai dua hak, iaitu hak jiran dan hak seorang Muslim.

   iii) Jiran bukan Islam, yang mempunyai satu hak iaitu hak jiran.

10. Sentiasa berusaha mewujudkan suasana aman, damai, tenteram, sejahtera dan ceria dalam kehidupan berjiran. Faktor inilah juga yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara rukun-rukun kebahagiaan ialah ‘jiran yang baik’.

11. Sentiasa memelihara diri agar tidak melakukan sebarang kesalahan dan kerosakan serta mencemar maruah dan diri jiran, termasuklah terhadap isterinya,anak-anaknya, harta bendanya dan lain-lain lagi.

12. Elakkan sikap terlalu suka mengambil tahu hal ehwal peribadi dan keluarganya, kecuali setelah mereka sendiri mengadu untuk mendapatkan bantuan kita untuk menyelesaikannya.

13. Bantulah mereka apabila mereka ditimpa kesusahan dan mala petaka,agar hati mereka menjadi tenang dan tenteram.

14. Rasakan kesusahan jiran seperti kesusahan yang kita tanggung sendiri dan zahirkan kegembiraan ketika mereka bergembira, sama ada ketika mendapat rumah baru, perabut baru, kelahiran anak baru, mendapat menantu dan sebagainya.  

15. Elakkan dari memerhatikan barangan atau apa sahaja yang dibeli atau yang dibawa pulang ke rumahnya.


16. Tidak cuai untuk menyeru mereka kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran dengan cara yang paling berhikmah

APLIKASI HUBUNGAN KEJIRANAN


3.1 KEPENTINGAN HIDUP BERJIRAN.

Dalam konteks kejiranan, umat Islam berkewajipan mengekalkan hubungan baik dan mesra sesama mereka. Hal Ini kerana, ia memainkan peranan yang amat penting dalam menjana satu kehidupan setempat yang aman dan harmoni yang boleh memberi kemudahan, kelapangan dan jalan keluar bagi satu-satu kesulitan atau masalah.

Bagi memantapkan hubungan kejiranan dalam masyarakat, maka semestinya terlebih dahulu kita menyedari keperluan dan kelebihan hidup berjiran. Di antaranya:

i) Bantuan ketika kecemasan.
Jiran adalah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Segala perkara yang berlaku ke atas diri kita, ahli keluarga, harta benda dan sebagainya terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Justeru, jiran adalah orang yang paling dekat untuk memohon pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan, kematian dan lain-lain.
ii) Menambah kenalan.
Mempunyai jiran yang berbeza latar belakang seperti pekerjaan, pendidikan, agama, bangsa, keturunan, budaya, adat resam dan sebagainya akan menambahkan lagi pengetahuan dan kenalan kita. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:-

          "Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan

            seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku
            supaya kamu saling mengenali.'' (Al-Hujurat : 13)

iii) Menjamin keselamatan setempat.
Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat daripada sebarang ancaman kecurian, pecah rumah, penyalahgunaan dadah, penculikan, samseng dan sebagainya.
iv) Menjaga keharmonian masyarakat

Segala perkara yang mencemar keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama, prihatin dan kesatuan sesama jiran. Gejala-gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak, dan banyak lagi kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa.
v) Menjaga kebajikan penduduk setempat

Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain, sudah semestinya dapat menjana satu program atau aktiviti yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat setempat.

vi) Memupuk perpaduan
Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam aman dan damai. Bagi mempastikan perpaduan dan kemakmuran ini kekal, ia perlu dimulai dengan hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat toleransi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak antara mereka.


3.2 NILAI- NILAI YANG PERLU DITERAPKAN PADA KONSEP KEJIRANAN


a) Musadid ( Informasi )

- Menggunakan istilah " Jangan jaga tepi kain orang " .
- Sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w , kita seharusnya saling mengambil berat
  antara sesama muslim.

b) Muaddib ( Pendidik )

-  Hadith sahih riwayat Bukhari no. 5673 dan Muslim no 47,48 .
-  Sebaik-baik amal makhruf & mencegah kemungkaran itu ialah di dalam keluarga   
   sendiri  dan kemudian kepada jiran yang berdekatan.

c) Muwahhid ( Penyatu )

- Membantu dan berusaha mengurangkan beban jirannya yang kesusahan sekadar   
  kemampuannya.
- Hadith Sahih riwayat Bukhari dalam Abadul Mufrad no 112.

3.3 IMPLIKASI JIKA TIDAK BERADAP DENGAN JIRAN

1. Tidak akan mendapat ketenangan hidup - Apabila kita tidak beradab dengan jiran, kita tidak akan mendapat ketenangan hidup apabila seringkali diselubungi rasa bersalah dan sering mewujudkan perkara-perkara negatif di dalam minda hingga akhirnya wujud pula masalah hati yang tidak tenang. 

2. Terpinggir daripada masyarakat - Masyarakat tidak akan bergaul dengan jiran yang tidak beradab dan tidak tahu menghormati hati dan perasaan jiran tetangga. Selain itu, apabila tiadanya adab, maka kita akan mengganggu ruang peribadi kejiranan kita. 

3. Berlaku perselisihan faham antara jiran tetangga - Perkara ini dilihat cenderung berlaku apabila diantara jiran, tiada komunikasi yang baik malahan lebih membimbangkan apabila berlakunya fitnah dikalangan masyarakat setempat yang melibatkan jiran tetangga. Adakalanya, permusuhan itu tidak wujud dengan sendirinya tetapi berpunca dari perselisihan faham yang tidak cuba dirungkaikan dengan pihak yang sepatutnya.



4. Merosakkan perpaduan dan membangkitkan permusuhan dalam kalangan masyarakat - Jiran yang tidak beradab akan lebih menjejaskan perpaduan dikalangan masyarakat. Hal ini lebih mudah dilihat apabila tiadanya kerukukan diantara jiran tetangga dan lebih buruk lagi apabila permusuhan dikalangan masyarakat berpunca dari ketiadaan adab dari jiran tetangga yang berlainan agama. Perkara yang melibatkan agama lebih mudah dibangkitkan menjadi permusuhan dikalangan jiran tetangga.

5. Sukar mendapat pertolongan ketika kesusahan - Jiran yang tidak beradab akan sukar mendapat pertolongan apabila ditimpa kesusahan. Ini kerana, apabila kita tidak beradab, jiran-jiran tidak akan mendekati dan tidak akan mengambil tahu hal ehwal kita. Permasalahan ini berpunca dari sikap diri sendiri yang tidak tahu menjaga adab baik melalui perbuatan mahupun tutur kata.

Kesimpulan


KESIMPULAN

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan kutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Selain itu, perpaduan juga adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, saling mempercayai dan mengamalkan amalan nilai murni sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan. Oleh itu , semangat kejiranan memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.

Semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, semangat kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan.

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

Sumber Rujukan


1)Marzuki Sepiaail,Rina Fakhizan MOhd Sukri,Alias Mat Saad (2016) Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam.Shah Alam, OxFord Fajar

2)https://www.slideshare.net/anuar2u/adab-berjiran-16291118

3)https://image.slidesharecdn.com/bab2manusiadanmasyrakatpmm-131122211231-phpapp02/95/manusia-dan-masyarakatpoliteknik-malaysia-22-638.jpg?cb=1385154851

4)https://tazkirah.net/konsep-jiran-tetangga-di-dalam-islam/

5)https://tafsirq.com/4-an-nisa/ayat-36

6)http://teamkl2017.blogspot.com/2017/09/kesan-tidak-beradap-dengan-jiran.html

7)https://www.youtube.com/watch?v=VgztrzxaTs4

Lampiran

3 Hak Kejiranan by Habib AlI Zaenal Abidin Al Hamid


Contoh Kegiatan yang mengeratkan silatuharim antara Jiran Tertangga


Kemajuan Teknologi yang boleh mendatangkan kemudaratan jika tidak dikawal
Penculikkan dan pembunuhan kejam di antara Jiran tertangga


Ceramah Ustaz Azhar Idrus tentang Kejiranan