Isnin, 9 Julai 2018

Konsep Kejiranan

TOPIK 1 : KONSEP KEJIRANAN

1.1 DEFINISI KEJIRANAN

i) Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.

ii) Dari segi istilah jiran adalah orang - orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara.

iii) Jiran juga bererti ahli - ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelingi rumah individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasullullah S.A.W iaitu :-

Maksudnya : "Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga".

1.2 Pembahagian Jiran


1.3 PUNCA SEMANGAT KEJIRANAN SEMAKIN LUNTUR.

Pada zaman dahulu, hubungan sesama jiran sangat rapat, bak kata pepatah, hidup sandar-menyandar “seperti aur dengan tebing.” Pada zaman kini, hubungan sesama jiran semakin renggang “bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”. 
Pelbagai punca yang menyebabkan semangat kejiranan semakin luntur antaranya :-

1) Perubahan gaya hidup masyarakat sekarang yang terlalu sibuk mencari rezeki untuk menyara keluarga masing-masing. Kos sara hidup yang tinggi serta tekanan hidup dunia moden sering memaksa warga kota bekerja sepanjang hari. Sebagai akibatnya, mereka keletihan dan kesuntukan masa untuk bertegur sapa sesama jiran mereka.

2) Kemajuan dalam bidang teknologi turut mempengaruhi kelunturan semangat kejiranan masa kini. Pada zaman sekarang. Bidang teknologi semakin berkembang dengan maju dan pesat. Penggunaan media elektronik seperti telefon bimbit, televisyen dan komputer pada masa sekarang yang menyebabkan semangat kejiranan kini semakin hilang. Masyarakat sekarang terlalu asyik menggunakan kemudahan yang terdapat di sekeliling mereka yang tidak memerlukan mereka keluar rumah dan bersusah-payah untuk mendapatkannya.

iii) Arus pembangunan yang semakin pesat melanda negara kita juga menjadi punca semangat kejiranan semakin luntur pada masa kini. Dewasa ini, pembangunan negara berlaku dengan pesat sekali.Hal ini mengakibatkan semangat kejiranan semakin luntur kerana masyarakat akan menghabiskan masa terluang mereka dengan mengunjungi tempat-tempat seperti pusat beli-belah, taman-taman permainan dan juga pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

iv) Perbezaan dari segi bahasa sedikit sebanyak menghalang pembinaan hubungan mesra antara jiran. Contohnya, sebuah keluarga berbangsa India yang kurang fasih berbahasa Melayu sukar untuk berinteraksi dengan jirannya yang berbangsa Melayu telah menjadi batu penghalang kepada interaksi sosial antara dua buah keluarga yang berlainan keturunan ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan