2.1 HAK - HAK JIRAN.
Daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Ghazali di dalam kitab "Arbain Nawawi", Rasulullah S.A.W bersabda:
"Tahukah kamu apakah hak jiran tetangga?"
(Al-Ghazali)
1. Jika ia meminta pertolongan daripada kamu, engkau akan menolongnya.
2. Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya.
3. Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya.
4. Jika ia sakit, engkau akan menziarahinya.
5. Jika ia meninggal dunia, engkau akan turut menghantar jenazahnya.
6. Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya.
7. Jika ia tertimpa bahaya, engkau akan turut sedih bersamanya.
8. Jangan sekali - kali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk
sampai kerumahnya kecuali dengan izinnya.
9. Jika engkau beli buah - buahan, berikan sedikit kepadanya.
10. Jika engkau tidak mahu memberikanya maka hendaklah engkau memasukkan buah
buahan itu ke dalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan olehya dan janganlah
membiarkan anakmu memakan buah - buahan itu dihadapan ananknya, kelak anak jiran
itu akan menangis mahukan buah tersebut.
11. Jangan mengganggu perasaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan
memberikan sedikit daripada makanan itu.
2.2 AKHLAK TERHADAP JIRAN ANTARA MUSLIM DENGAN BUKAN MUSLIM.
a) Menghormati jiran dan pengalaman mereka (kehidupan mereka) selagi tidak membawa
mudarat.
b) Tidak menyinggung perasaan jiran dan memelihara keamanan dengan jiran.
c) Menjaga rahsia dan memelihara kepentingan mereka serta tidak berlaku khianat.
d)membantu dan menolong mereka apabila berada dalam kesusahan.
e) Membeikan layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah
dengan mereka.
2.3 ADAB BERJIRAN.
1. Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenali dan hormat - menghormati antara satu sama lain. Antara caranya dengan memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim.
2. Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk. Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain.
Sabda Rasulullah SAW;
“Tidaklah masuk syurga orang yang tetangganya tidak aman kerana gangguannya.”
Hadis Riwayat Muslim
Sabda Rasulullah SAW;
“Tidaklah masuk syurga orang yang tetangganya tidak aman kerana gangguannya.”
Hadis Riwayat Muslim
3. Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan menghormati mereka sebagai manusia.
4. Sentiasa merendahkan diri dan berlemah-lembut dengan mereka dan mengelak diri daripada bersikap takbur.
5. Sentiasa bersedia memberikan sebarang bentuk bantuan dan pertolongan yang diperlukan.Rasulullah SAW mengingatkan umatnya agar sentiasa mengambil-berat sesama saudara seislamnya.
“Barang siapa yang menolong saudaranya yang lain maka Allah akan menuliskan baginya tujuh kebaikan bagi setiap langkah yang dilakukannya.”
Hadis Riwayat Thabrani
“Barang siapa yang menolong saudaranya yang lain maka Allah akan menuliskan baginya tujuh kebaikan bagi setiap langkah yang dilakukannya.”
Hadis Riwayat Thabrani
6. Menyayangi mereka seperti mana kita menyayangi diri kita sendiri. Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang menjadi kesukaan mereka, selagi tidak bertentangan dengan syariat agama dan sama-sama berusaha menghindarkan perkara-perkara yang mereka tidak sukai.
7. Sentiasa mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang sedang mereka hadapi sama ada yang berkaitan dengan masalah keagamaan, kekeluargaan atau rumah tangga, kejiwaan, kesihatan,pelajaran, , kewangan, makan-minum, dan sebagainya. Sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia sesama jiran sehingga akhirnya melahirkan perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan lebih akrab.
8. Tidak memandang rendah dan saling menghina sesama jiran, sebaliknya hendaklah sentiasa hormat – menghormati dan berterima kasih terhadap apa jua pemberian, khidmat dan pertolongan yang diberikan.
9. Mengutamakan jiran yang terdekat rumahnya dengan rumah kita.Penetapan jiran terdekat ialah 40 buah rumah yang berada di sekeliling rumah kita, sama ada di kiri, kanan, hadapan dan belakang. Terdapat tiga kategori jiran :
i) Jiran muslim yang ada hubungan kekeluargaan, mereka mempunyai tiga hak iaitu
sebagai jiran, keluarga dan seorang Muslim.
ii) Jiran Muslim yang mempunyai dua hak, iaitu hak jiran dan hak seorang Muslim.
iii) Jiran bukan Islam, yang mempunyai satu hak iaitu hak jiran.
10. Sentiasa berusaha mewujudkan suasana aman, damai, tenteram, sejahtera dan ceria dalam kehidupan berjiran. Faktor inilah juga yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara rukun-rukun kebahagiaan ialah ‘jiran yang baik’.
11. Sentiasa memelihara diri agar tidak melakukan sebarang kesalahan dan kerosakan serta mencemar maruah dan diri jiran, termasuklah terhadap isterinya,anak-anaknya, harta bendanya dan lain-lain lagi.
12. Elakkan sikap terlalu suka mengambil tahu hal ehwal peribadi dan keluarganya, kecuali setelah mereka sendiri mengadu untuk mendapatkan bantuan kita untuk menyelesaikannya.
13. Bantulah mereka apabila mereka ditimpa kesusahan dan mala petaka,agar hati mereka menjadi tenang dan tenteram.
14. Rasakan kesusahan jiran seperti kesusahan yang kita tanggung sendiri dan zahirkan kegembiraan ketika mereka bergembira, sama ada ketika mendapat rumah baru, perabut baru, kelahiran anak baru, mendapat menantu dan sebagainya.
15. Elakkan dari memerhatikan barangan atau apa sahaja yang dibeli atau yang dibawa pulang ke rumahnya.
16. Tidak cuai untuk menyeru mereka kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran dengan cara yang paling berhikmah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan