3.1 KEPENTINGAN HIDUP BERJIRAN.
Dalam konteks kejiranan, umat Islam berkewajipan mengekalkan hubungan baik dan mesra sesama mereka. Hal Ini kerana, ia memainkan peranan yang amat penting dalam menjana satu kehidupan setempat yang aman dan harmoni yang boleh memberi kemudahan, kelapangan dan jalan keluar bagi satu-satu kesulitan atau masalah.
Bagi memantapkan hubungan kejiranan dalam masyarakat, maka semestinya terlebih dahulu kita menyedari keperluan dan kelebihan hidup berjiran. Di antaranya:
i) Bantuan ketika kecemasan.
Jiran adalah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Segala perkara yang berlaku ke atas diri kita, ahli keluarga, harta benda dan sebagainya terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Justeru, jiran adalah orang yang paling dekat untuk memohon pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan, kematian dan lain-lain.
ii) Menambah kenalan.
Mempunyai jiran yang berbeza latar belakang seperti pekerjaan, pendidikan, agama, bangsa, keturunan, budaya, adat resam dan sebagainya akan menambahkan lagi pengetahuan dan kenalan kita. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:-
"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan
seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku
supaya kamu saling mengenali.'' (Al-Hujurat : 13)
iii) Menjamin keselamatan setempat.
Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat daripada sebarang ancaman kecurian, pecah rumah, penyalahgunaan dadah, penculikan, samseng dan sebagainya.
iv) Menjaga keharmonian masyarakat
Segala perkara yang mencemar keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama, prihatin dan kesatuan sesama jiran. Gejala-gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak, dan banyak lagi kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa.
v) Menjaga kebajikan penduduk setempat
Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain, sudah semestinya dapat menjana satu program atau aktiviti yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat setempat.
vi) Memupuk perpaduan
Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam aman dan damai. Bagi mempastikan perpaduan dan kemakmuran ini kekal, ia perlu dimulai dengan hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat toleransi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak antara mereka.
3.2 NILAI- NILAI YANG PERLU DITERAPKAN PADA KONSEP KEJIRANAN
a) Musadid ( Informasi )
- Menggunakan istilah " Jangan jaga tepi kain orang " .
- Sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w , kita seharusnya saling mengambil berat
antara sesama muslim.
b) Muaddib ( Pendidik )
- Hadith sahih riwayat Bukhari no. 5673 dan Muslim no 47,48 .
- Sebaik-baik amal makhruf & mencegah kemungkaran itu ialah di dalam keluarga
sendiri dan kemudian kepada jiran yang berdekatan.
c) Muwahhid ( Penyatu )
- Membantu dan berusaha mengurangkan beban jirannya yang kesusahan sekadar
kemampuannya.
- Hadith Sahih riwayat Bukhari dalam Abadul Mufrad no 112.
3.3 IMPLIKASI JIKA TIDAK BERADAP DENGAN JIRAN
1. Tidak akan mendapat ketenangan hidup - Apabila kita tidak beradab dengan jiran, kita tidak akan mendapat ketenangan hidup apabila seringkali diselubungi rasa bersalah dan sering mewujudkan perkara-perkara negatif di dalam minda hingga akhirnya wujud pula masalah hati yang tidak tenang.
2. Terpinggir daripada masyarakat - Masyarakat tidak akan bergaul dengan jiran yang tidak beradab dan tidak tahu menghormati hati dan perasaan jiran tetangga. Selain itu, apabila tiadanya adab, maka kita akan mengganggu ruang peribadi kejiranan kita.
3. Berlaku perselisihan faham antara jiran tetangga - Perkara ini dilihat cenderung berlaku apabila diantara jiran, tiada komunikasi yang baik malahan lebih membimbangkan apabila berlakunya fitnah dikalangan masyarakat setempat yang melibatkan jiran tetangga. Adakalanya, permusuhan itu tidak wujud dengan sendirinya tetapi berpunca dari perselisihan faham yang tidak cuba dirungkaikan dengan pihak yang sepatutnya.
4. Merosakkan perpaduan dan membangkitkan permusuhan dalam kalangan masyarakat - Jiran yang tidak beradab akan lebih menjejaskan perpaduan dikalangan masyarakat. Hal ini lebih mudah dilihat apabila tiadanya kerukukan diantara jiran tetangga dan lebih buruk lagi apabila permusuhan dikalangan masyarakat berpunca dari ketiadaan adab dari jiran tetangga yang berlainan agama. Perkara yang melibatkan agama lebih mudah dibangkitkan menjadi permusuhan dikalangan jiran tetangga.
5. Sukar mendapat pertolongan ketika kesusahan - Jiran yang tidak beradab akan sukar mendapat pertolongan apabila ditimpa kesusahan. Ini kerana, apabila kita tidak beradab, jiran-jiran tidak akan mendekati dan tidak akan mengambil tahu hal ehwal kita. Permasalahan ini berpunca dari sikap diri sendiri yang tidak tahu menjaga adab baik melalui perbuatan mahupun tutur kata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan